Harian Metro

‘Kuasa macam pisau tajam’

-

Kuala Lumpur: “WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat dan kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederak­an,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau mengulas dapatan kajian The Digital News Report 2017 yang mendapati 51 peratus pengguna Internet di Malaysia menggunaka­n WhatsApp untuk mendapatka­n maklumat dan berkongsi cerita.

Menurutnya, beliau mendokong kebebasan maklumat, tetapi jangan menggunaka­n WhatsApp untuk menjatuhka­n kredibilit­i pihak lain dengan berita yang tidak tepat.

“Nasihat saya, gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakka­n diri daripada menabur fitnah, bila semuanya teratur baik kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna WhatsApp terbanyak dunia,” katanya menerusi sskeruak.blogspot.my.

“Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakka­n diri dari menabur fitnah”

Dr Salleh Said Keruak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia