Harian Metro

Almarhum pencinta haiwan

Turun ke kolam ikan beri makan dua kali sehari

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

FAKTA

52 spesies peliharaan di zoo mini Istana Anak

Bukit

Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sangat menyayangi haiwan sehingga mewujudkan zoo mini dalam Istana Anak Bukit di sini.

Penjaga zoo mini itu, Zahari Ibrahim, 61, berkata, Almarhum turun sendiri ke zoo itu untuk memberi makan sebahagian daripada 52 spesies haiwan peliharaan­nya termasuk kucing, burung kakak tua, enggang, ikan arapaima, kibas dan kuda.

Beliau berkata, burung enggang betina yang diberi nama ‘Johnny’ paling disayangi Sultan Abdul Halim selain empat ikan arapaima yang dipelihara dalam akuarium istana.

“Dulu ada lima ikan arapaima di akuarium ini tetapi seekor daripadany­a mati dua tahun lalu dan ketika itu Tuanku sangat sedih apabila dimaklumka­n mengenainy­a.

“Biasanya setiap hari Almarhum akan turun sendiri di kolam ikan ini untuk memberi makan dua kali sehari iaitu pagi dan petang pada ikan Arapaima Gold yang dipelihara lebih 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Zahari berkata, zoo mini itu adalah kawasan larangan untuk rakyat jelata masuk di situ dan mempunyai empat penjaga zoo untuk menguruska­n haiwan di situ setiap hari. Beliau berkata, minat Almarhum terhadap haiwan terserlah apabila sanggup membelinya termasuk dari luar negara untuk dipelihara. “Apabila dimaklumka­n Tuanku mangkat, kami semua sangat sedih kerana Almarhum seorang sultan yang sangat baik dan mulia,” katanya.

Penjaga zoo itu, Ayub Abdul, 53, berkata, tuanku turut memelihara enam kucing Parsi dan yang paling disayangi adalah Tomoi dan Ref yang sangat jinak dan manja dengan sesiapa saja.

Katanya, zoo mini itu turut menempatka­n pelbagai spesies ikan termasuk jelawat dan tilapia.

“Memang banyak haiwan di zoo ini dan Almarhum banyak meluangkan masa di sini yang menjadi tempat baginda beristirah­at,” katanya.

 ??  ?? ZAHARI melihat kolam ikan arapaima peliharaan Almarhum Sultan Kedah di Zoo Mini Istana Anak Bukit.
ZAHARI melihat kolam ikan arapaima peliharaan Almarhum Sultan Kedah di Zoo Mini Istana Anak Bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia