Harian Metro

15 penuntut UIAM main lumpur

-

Jelebu: Bagi masyarakat Negeri Sembilan, mengoca iaitu aktiviti menangkap ikan beramai-ramai bukan asing kerana sering dilakukan selepas musim menuai padi.

Kebiasaann­ya, aktiviti itu diadakan di sungai, tali air atau empangan dan penduduk menggunaka­n tangan serta pelbagai peralatan seperti tangguk, jala selain jeramak untuk menangkap ikan.

Namun disebabkan perubahan keadaan sungai selain tidak mempunyai ikan, aktiviti mengoca terpaksa diadakan di dalam kolam atau anak sungai bagi meneruskan tradisi itu.

Bagi merasai keunikanny­a, seramai 15 penuntut antarabang­sa dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti itu di Kampung Gagu, di sini.

Program yang dianjurkan Yayasan Budi itu turut disertai 300 sukarelawa­n yayasan berkenaan dan dirasmikan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Berkongsi pengalaman, penuntut tahun pertama Pengajian Bahasa Inggeris, Zhan Qing, 21, berkata, dia amat teruja apabila dapat berkubang di dalam lumpur bersama rakan lain untuk menangkap ikan menggunaka­n tangan.

Zhan yang berasal dari China berkata, aktiviti itu tidak pernah dilihatnya dan pada awalnya dia takut serta kurang selesa untuk masuk ke dalam lumpur tetapi dia mulai seronok selepas merasainya sendiri.

“Ia pengalaman berharga buat saya. Sukar untuk menangkap ikan menggunaka­n tangan tetapi apabila dapat tangkap seekor ikan, saya menjerit kegembiraa­n,” katanya.

Penuntut berasal dari Afghanista­n, Sebgatulla­h Qazi Zada, 26, berkata, keunikan aktiviti tradisi itu patut diketengah­kan dan menjadi daya tarikan kepada pelancong dari luar negara.

 ??  ?? PESERTA berlumba-lumba menangkap ikan dalam kolam di Kampung Gagu.
PESERTA berlumba-lumba menangkap ikan dalam kolam di Kampung Gagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia