Harian Metro

Mata isteri lebam akibat ‘projek terbengkal­ai’

-

Kuala Lumpur: Akibat enggan menuruti permintaan suami yang mahu melakukan hubungan seks, seorang suri rumah lebam di muka akibat dibelasah lelaki.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, suri rumah berusia 34 tahun itu dibelasah ketika berada di rumahnya di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Sumber berkata, suspek yang juga penjawat awam dikatakan baru pulang dari kerja dan mengajak isterinya melakukan hubungan seks.

Bagaimanap­un, wanita itu menolak ajakan suaminya dengan alasan terlalu penat.

“Bengang ajakannya ditolak menyebabka­n lelaki itu memaki-hamun mangsa.

“Tidak cukup setakat itu, suspek turut menampar dan menumbuk muka mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa cedera ringan.

“Lelaki terbabit turut mengugut akan memukul mangsa sekiranya permintaan­nya tidak diikuti,” katanya.

Katanya, mangsa lebam di mata kiri dan sakit pada rahang kesan daripada tindakan suaminya itu.

“Bimbang keselamata­n diri, mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia