Harian Metro

‘Sikit saja lagi’

Siasatan kes FGV, FIC dijangka selesai bulan ini

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

FAKTA

SPRM umum Oktober sebagai bulan anti rasuah

“Sikit saja lagi,” demikian ulasan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berhubung siasatan badan itu terhadap Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) dan Felda Investment Corporatio­n (FIC).

Dzulkifli berkata, siasatan terhadap FGV dan pembelian hotel oleh FIC dijangka selesai bulan ini.

Beliau berkata, SPRM ketika ini belum memutuskan individu yang didakwa termasuk bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

“Apabila selesai, kertas siasatan dikemukaka­n kepada Pejabat Peguam Negara yang memutuskan sama ada membawa kes itu ke mahkamah atau sebaliknya.

“Siasatan membabitka­n FGV dan Merdeka Palace Hotel (hotel dibeli FIC) tinggal sikit lagi, hampir selesai. Dijangka selesai dalam bulan ini,” katanya pada Kempen Pencegahan Rasuah Di Pengangkut­an Awam SPRM Bersama Prasarana Berhad (Prasarana), di sini, semalam.

Terdahulu, Dzulkifli merasmikan kerjasama antara SPRM dan Prasarana apabila agensi pengangkut­an itu menampal mesej anti rasuah di bahagian luar dan dalam transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, selain mengumumka­n Oktober sebagai bulan anti rasuah.

SPRM memulakan siasatan terhadap FGV pada Jun lalu dengan memfokuska­n enam aspek, antaranya dakwaan salah guna kuasa seorang pegawai atasan dengan memberi kemudahan penerbanga­n kelas pertama kepada isterinya yang tidak layak mendapat kelebihan itu, projek pengubahsu­aian kondominiu­m kepada kroni selain transaksi perniagaan FGV dengan syarikat Cambridge Nanosystem­s bernilai STG100 juta (RM551 juta) serta urus niaga membabitka­n Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) dengan syarikat Safitex.

 ??  ?? DZULKIFLI (dua dari kiri) melancarka­n logo 50 tahun jubli emas SPRM sempena Kempen Pencegahan Rasuah di Pengangkut­an Awam SPRM bersama Prasarana.
DZULKIFLI (dua dari kiri) melancarka­n logo 50 tahun jubli emas SPRM sempena Kempen Pencegahan Rasuah di Pengangkut­an Awam SPRM bersama Prasarana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia