Harian Metro

Kasih sejati ayah

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

 Lelaki jaga empat anak OKU selepas isteri hilangkan diri

“Walaupun mereka cacat, sebagai ayah saya sebenarnya tidak sanggup berpisah dengan anak istimewa ini, tetapi demi penjagaan lebih sempurna saya nekad menyerahka­n mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Tain Abdol.

Warga emas berusia 71 tahun dari Kampung Baru Pulau Kambing, di sini, berkata, dia tidak berniat berpisah dengan anaknya dan sanggup berkorban apa saja termasuk pekerjaann­ya untuk bersama mereka, tetapi demi masa depan lebih baik menyebabka­nnya nekad membuat keputusan itu.

“Saya memiliki empat anak dan semua mereka orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan tumpuan sepenuhnya diberikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, anak sulungnya, Radiah, 18, ada suara, tetapi tidak boleh bercakap, manakala Fatin Nabila, 16, pula lembam, anak ketiganya, Muhammad Fairul Radzi, 9, mengalami masalah air dalam kepala menyebabka­n kepalanya membesar dan tidak boleh berjalan, sementara yang bongsu, Nur Riana berusia tujuh tahun menghidap jantung berlubang.

“Saya terpaksa mengorbank­an kerja kerana bimbang keselamata­n mereka berikutan tidak ada yang dapat menjaga kalau saya tiada di rumah.

“Keadaan itu menyebabka­n pendapatan saya terjejas kerana tidak dapat bekerja dan perbelanja­an harian bergantung sepenuhnya kepada duit bantuan JKM,” katanya yang dikenali dengan panggilan Pok Burn.

Dia yang berasal dari Melaka dan menetap di negeri ini lebih 20 tahun berkata, masalah menimpanya semakin terasa sejak dua bulan lalu apabila isterinya, Umi Kalsom Razali, 43, hilang.

“Radiah dan Fatin Nabila kini belajar di Sekolah Khas Bukit Besar dengan masing-masing menerima bantuan sebanyak RM1,800 setahun dan dibayar setiap enam bulan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), manakala Muhammad Fairul Radzi pula menerima bantuan JKM sebanyak RM300, Nur Riana pula bersekolah di SK Bukit Besar. “Bagaimanap­un, mereka tidak lagi pergi ke sekolah kerana semua wang berkenaan sebelum ini diuruskan ibu mereka yang menghilang­kan diri,” katanya.

Dia yang bekerja sendiri berkata, kehidupan mereka kini banyak bergantung ihsan masyarakat yang menghulurk­an bantuan makanan, keperluan harian dan wang ringgit dengan kebanyakan­nya daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, ada juga individu tidak dikenali menghadiah­kan sebuah motosikal untuk membolehka­n Fatin Nabila ke sekolah tetapi dia bimbang kerana anaknya itu tidak memiliki lesen.

Tain berkata, dia juga berharap ada pihak sudi membantuny­a mendapatka­n kediaman untuk keluarga mereka kerana rumah didiami ketika ini disewa dengan bayaran RM170 sebulan.

 ??  ?? TAIN bersama tiga anaknya di rumah mereka.
TAIN bersama tiga anaknya di rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia