Harian Metro

RM2 juta baiki rumah, naik taraf hotel bajet

-

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntu­kkan hampir RM2 juta bagi memperbaik­i rumah penduduk negeri ini dan menaik taraf hotel bajet dalam Program Desa Lestari di Unicity Alam Chuchoh di sini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peruntukan bernilai lebih RM1.7 juta itu dikhususka­n kepada dua program iaitu Program Bantuan Rumah (PBR) dan Projek Hotel Bajet Desa Lestari.

“Melalui PBR, RM780,000 diperuntuk­kan kepada 60 rumah penduduk terpilih yang dikenal pasti melalui pemimpin setempat di sekitar negeri ini malah ada sebahagian­nya dibina rumah baru.

“Manakala RM923,300 menerusi pemberian geran disalurkan kepada projek menaik taraf pembinaan hotel bajet di bawah Program Desa Lestari di Unicity Alam,” katanya pada sidang media di Kampung Kolam, di sini semalam.

Jelas Ahmad Jazlan, dua program itu adalah komitmen kerajaan dalam membantu masyarakat luar bandar.

Katanya, pihak berwajib menerusi KKLW tidak memandang remeh isu penduduk yang mempunyai pendapatan di bawah paras sederhana.

“Penduduk luar bandar yang sinonim dengan pendapatan rendah dan di bawah paras sederhana mempunyai masalah menaik taraf rumah mereka, malah ia dilihat tidak akan selesai ditambah pula dengan kos barangan yang kian meningkat, malah bantuan ini bukanlah satu perkara yang baharu.

“Di samping itu, peruntukan menerusi geran yang diberikan kepada Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Lubuk Sireh ini secara tidak langsung dapat mendirikan sebuah hotel yang pertama di Padang Besar berkonsepk­an mampu sewa dengan kos di bawah RM100 semalam,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia