Harian Metro

Kulinari ikonik baru agro-makanan

-

Disiplin seni masakan atau kulinari bakal menjadi aspek baru untuk sektor agro-makanan di negara ini sempena penganjura­n Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 bermula 28 September hingga 1 Oktober ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

(gambar) berkata, buat pertama kalinya HPPNK 2017 akan menganjurk­an ‘Festival Makanan Malaysia’.

“Festival ini akan membawa tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’ pertama kali diadakan bersempena dengan penganjura­n HPPNK 2017. Ini adalah satu usaha kementeria­n untuk membangunk­an disiplin baru iaitu kulinari.

“Buat masa ini, tiada pihak yang memantau atau membangunk­an disiplin ini, ia hanya dibangunka­n atas inisiatif sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia