Harian Metro

272 majikan PATI sangkut

 11,500 pekerja asing ditahan sejak program E-Kad tamat

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Seramai 11,500 pendatang tanpa izin (PATI) dan 272 majikan ditahan dalam operasi berterusan digerakkan Jabatan Imigresen sejak berakhirny­a program kad sementara (E-Kad) pada 30 Jun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya menjalanka­n operasi berterusan di seluruh negara bagi membantera­s kedatangan PATI ke negara ini sejak tamat tempoh program berkenaan.

Katanya, pihaknya turut mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang melindungi PATI termasuk membekukan aset syarikat mereka.

“Sehingga 11.30 malam tadi (kelmarin), kita menahan 11,500 PATI di seluruh negara dan 272 majikan kerana melindungi dan menggaji PATI.

“Saya sudah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara bagi membincang­kan isu kehakiman dan beliau menyatakan kesediaan serta tindakan tegas termasuk hukuman sebat terhadap majikan yang masih berdegil,” katanya ketika ditemui pemberita dalam operasi berkenaan di kawasan Taiping dan Kamunting, di sini, malam kelmarin.

Operasi bermula jam 10.30 malam dan berakhir lima jam kemudian membabitka­n 39 anggota Jabatan Imigresen di dua lokasi berasingan di tapak pembinaan di Taiping dan Kamunting. Seramai 139 pekerja warga asing diperiksa dan 45 daripadany­a ditahan berikutan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta menyalah guna pas pekerjaan.

Mustafar berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 39 lelaki dan enam wanita serta dua kanak-kanak masing-masing berusia sebulan dan tiga tahun ditahan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh bagi tujuan dokumentas­i sebelum dibawa ke Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama daripada pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau pembinaan rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan di kawasan Taiping yang disifatkan berbahaya untuk didiami.

 ??  ?? SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam operasi di Taman Aur Jaya, Taiping.
SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam operasi di Taman Aur Jaya, Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia