Harian Metro

‘INI SAATNYA’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 SM Nasaruddin yakin kontinjen negara mampu lepasi sasaran

Semangat kontinjen para ASEAN negara semakin membara dan sudah sedia menyahut cabaran untuk melepasi sasaran 103 emas yang ditetapkan.

Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasaruddin SM Nasimuddin, mereka akan cuba sedaya-upaya merealisas­ikan harapan itu.

“Atlet berada dalam keadaan bersemanga­t selepas kejayaan Sukan SEA. Ini adalah masa kita dan beraksi di tempat sendiri. Bagi saya tekanan tidak ada dengan semua berada dalam keadaan positif,” katanya.

Keyakinan sama turut dilaungkan pemenang gangsa lontar peluru Sukan SEA, Mohd Ziyad Zolkefli yang melihat impian berkenaan tidak mustahil untuk dilaksanak­an.

“Saya sangat yakin dengan kerja keras dan usaha rakan sepasukan, tidak mustahil mampu mengatasi sasaran dengan syarat sokongan perlu diberikan terutamany­a di stadium seperti Sukan SEA.

“Kami tetap akan memburu sasaran 103 emas namun jika mendapat sokongan seperti atlet normal, pencapaian lebih baik juga tidak mustahil diraih,” jelasnya. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyampaik­an amanat kepada atlet para, mencabar mereka untuk sedaya upaya melepasi sasaran 103 emas yang ditetapkan selain muncul juara keseluruha­n.

Kontinjen Sukan SEA negara pada bulan lalu sudah membuktika­n kemampuan apabila meraih 145 emas, mengatasi 111 emas yang menjadi sasaran.

Bagi Olahragawa­n Negara 2016, Abdul Latif Romly, fasa akhir kem latihan pusat yang dijalankan ketika ini sudah cukup membakar semangat mereka memburu kejayaan untuk negara.

“Saya yakin kami juga mampu melepasi sasaran. Kami umpama keluarga yang besar, saling memberi dorongan antara satu sama lain untuk meraih kejayaan bermula hujung minggu nanti,” katanya.

Sukan Para ASEAN akan membuka tirai Ahad ini dengan Malaysia menghantar 331 atlet yang akan menyertai 289 acara dari 16 jenis sukan.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN atlet Para ASEAN negara pada Majlis Penyerahan Obor Kontinjen Para Malaysia ke Sukan Para Asean 2017.
SEBAHAGIAN atlet Para ASEAN negara pada Majlis Penyerahan Obor Kontinjen Para Malaysia ke Sukan Para Asean 2017.
 ??  ?? ATLET Para memanah, Yuhaizam Yahaya mengetuai bacaan ikrar pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Kem Fasa Akhir Hotel Seri Pacific, kelmarin.
ATLET Para memanah, Yuhaizam Yahaya mengetuai bacaan ikrar pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Kem Fasa Akhir Hotel Seri Pacific, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia