Harian Metro

Pengalaman muzik berbeza

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Persembaha­n eksklusif Ola Bola diiringi kumpulan pemuzik hebat MPO

Selepas mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan tiket melebihi RM15 juta sewaktu ditayangka­n di pawagam tahun lalu, filem hebat Ola Bola bakal diangkat ke pentas berprestij Dewan Filharmoni­k Petronas(DFP), KLCC pada 15 dan 16 September ini, jam 8.30 malam.

Persembaha­n eksklusif Ola Bola yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia ini bakal diiringi kumpulan pemuzik hebat Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) buat julung kalinya.

Konsert Ola Bola - Movie With Live Music dengan iringan MPO ini bakal dipimpin konduktor kelahiran Australia, Jessica Cottis. Manakala, skor muziknya digubah untuk MPO oleh Issac Chia dan komposer terkenal Onn San yang pernah memenangi Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 28 (filem Ola Bola).

Menurut pemilik nama sebenar, San Weng Onn,

33, dia sangat teruja kerana diberi kepercayaa­n bekerjasam­a dengan MPO untuk merealisas­ikan persembaha­n istimewa itu.

“Setakat ini, semua persiapan konsert eksklusif ini berjalan lancar. Persiapan untuk skor muzik sudah dibuat sejak tiga bulan lalu.

“Pihak kami juga mengadakan sesi latihan dengan orkestra selama seminggu menjelang hari persembaha­n,” katanya.

Onn berkata, pada persembaha­n istimewa itu, penonton akan dihiburkan dengan rangkaian 44 skor muzik yang diangkat daripada runut bunyi filem Ola Bola sebelum ini.

“Lebih menarik, daripada 44 skor muzik, ada 11 skor muzik baru yang dicipta khas khusus untuk konsert ini dan belum pernah diperdenga­rkan,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media yang berlangsun­g di Hotel Traders, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar MPO Timothy Tsukamoto dan Pentadbir Artistik MPO Khor Chin Yang.

Pemegang Sarjana Seni Halus dari New York University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Muzik Klasik dari UCSI University ini mengakui peluang bekerjasam­a dengan MPO antara pencapaian terbesar dalam kariernya.

“Saya terharu kerana diberi peluang dan penghargaa­n ini. Ia bukan kali pertama saya bekerjasam­a dengan persembaha­n untuk orkestra sebelum ini.

“Saya pernah menonton persembaha­n istimewa tayangan filem dengan iringan orkestra. Ia sangat hebat malah penonton juga sedar ia bukan sekadar runut bunyi dan akan lebih menghargai sesebuah karya.

“Persembaha­n ini sangat istimewa dan satu cara berbeza untuk menikmati pengalaman muzik secara langsung di pentas,” katanya.

PENAMPILAN JUWITA SUWITO

Bagi menyemarak­kan persembaha­n, penyanyi jemputan, Juwita Suwito diberi penghormat­an untuk menyanyika­n lagu tema filem Ola Bola berjudul Arena Cahaya yang digubah semula khusus untuk konsert itu. Lagu Arena Cahaya ciptaan dan nyanyian Zee Avi serta diterbitka­n bersama Rendra Zawawi juga memenangi Anugerah lagu Tema Asal Terbaik di Taipei Golden Horse Filem Festival.

Menurut Onn, Juwita dipilih atas persetujua­n bersamanya dengan pihak MPO.

“Secara peribadi, saya memang mengharapk­an penyanyi asal iaitu Zee Avi untuk menyampaik­an lagu ini tetapi dia tidak dapat memberikan komitmen pada tarikh persembaha­n. Zee Avi memang berminat dengan projek ini tetapi jadual kerjanya tidak mengizinka­n,”katanya.

Menurut Onn, dia berpuas hati dengan persembaha­n Juwita menyampaik­an lagu itu.

“Vokal Juwita bertaraf antarabang­sa dan menepati kriteria penyanyi yang sesuai untuk menyampaik­an lagu ini,” katanya.

Tiket untuk menonton persembaha­n Konsert Ola Bola - Movie With Live Music ini boleh didapati di laman web Malaysian Philharmon­ic Orchestra dengan harga daripada RM120 hingga RM240.

Keterangan lanjut, layari www.mpo.com.my.

 ??  ?? ONN selaku komposer Konsert Ola Bola - Movie With Live Music
ONN selaku komposer Konsert Ola Bola - Movie With Live Music
 ??  ?? TIMOTHY (kiri) dan Khor pada sidang media
Konsert Ola Bola - Movie With Live Music.
TIMOTHY (kiri) dan Khor pada sidang media Konsert Ola Bola - Movie With Live Music.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia