Harian Metro

Pencapaian ibarat mimpi

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sebelum ini, wajah

Nadiyah Syed Fuad Shahab menghiasi video muzik Mewangi nyanyian Akim & The Majistret dan kemudian mengacara program Lost At SEA yang pernah disiarkan menerusi saluran Go Asean di Astro (737).

Pelakon kelahiran Singapura ini mula menjadi perhatian peminat apabila membintang­i drama Encik Suami Mat Salleh Celup dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang menjadi trending baru-baru ini.

Berbekalka­n bakat, Nadiyah, 26, terus dihujani pelbagai tawaran berlakon dan terbaru membintang­i drama Kelip Kelip Kota London arahan Murali Abdullah.

Nadiyah yang aktif dalam dunia peragaan di Kota Singa berkata apa yang dikecapi hari ini ibarat mimpi malah tidak pernah terfikir mencanai bakat seni di Malaysia.

“Alhamdulil­lah, kerjaya saya berkembang baik di sini. Penggambar­an Kelip Kelip Kota London pun sudah tamat yang saya bawakan watak orang tidak siuman.

“Kini saya terikat dengan penggambar­an drama Lafazkan Kalimah Cintamu,” katanya.

Nadiyah berkata dia turut ditawarkan menjayakan watak doktor dalam drama Cinta

Buta Hati dan ia satu pengalaman yang berbeza.

“Syukur berkat kerja keras, bakat saya semakin mendapat perhatian peminat.

“Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu, saya sekali lagi berganding­an dengan Nelydia dan kami semakin rapat.

“Saya bawa watak antagonis sebagai Tengku Natasya, kakak kepada Nelydia,” katanya.

Nadiyah yang mengikuti pengajian Diploma Perundanga­n di Universiti Of London, Singapura mengakui keputusann­ya

Nadiyah berasakan keputusan berhijrah

ke Kuala Lumpur tindakan tepat

berhijrah ke Kuala Lumpur satu tindakan tepat.

“Pada mulanya orang tua sukar terima keputusan saya. Apatah lagi ramai ibu saudara saya bekerja sebagai guru dan sangat mementingk­an pelajaran.

“Saya nekad belajar secara jarak jauh. Biarpun susah, saya guna teknik dengar rakaman suara pensyarah. Bagi saya kaedah ini lebih bagus daripada masuk kelas,” katanya.

Melakukan dua perkara dalam satu masa menjadikan­nya lebih bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

“Saya gembira kerana dapat berdikari dan membuktika­n kepada semua apabila boleh bayar sendiri yuran pengajian.

“Syukur akhirnya keluarga merestui pilihan saya,” kata gadis berdarah kacukan Arab dan Jawa yang akan tamat pengajian tahun hadapan ini.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia