Harian Metro

Pertikai tugas wartawan hiburan

-

Penyanyi lelaki ini memang antara penghibur terkenal satu masa dulu.

Selain memiliki vokal hebat, dia juga berimej bersih sepanjang berkecimpu­ng dalam industri seni. Tidak hairanlah, dia terus bertahan dalam bidang seni hingga hari ini.

Rakan SS juga berpeluang menemu bual penyanyi ini, tetapi dia terus tidak berminat meneruskan temu bual bersama artis itu yang mempertika­i tugas wartawan hiburan yang didakwa hanya menulis cerita sensasi dan tidak memartabat­kan bidang hiburan ke tahap sepatutnya.

Disebabkan itu penyanyi terbabit tidak berminat dengan publisiti dalam bidang hiburan sejak dulu.

Baginya semua cerita hiburan yang ditulis adalah sampah dan tidak mendidik minda masyarakat. Bagi SS pula, artis itu tidak sepatutnya berkata demikian kerana bukan semua cerita yang dilaporkan wartawan hiburan hanya cerita sensasi semata-mata.

Sepatutnya artis itu buka mindanya lebih luas dan ikuti perkembang­an hiburan tanah air ketika ini.

SS: Sentiasa kagumi bakat artis lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia