Harian Metro

Tarikh Note8 18 September

-

Samsung bakal menjadikan 18 September sebagai tarikh keramat memperkena­lkan model telefon Galaxy Note8 ke pasaran Malaysia.

Ia sudah memulakan pratempaha­n pada 5 hingga 10 September lalu dan tarikh pengguna mula menerimany­a seminggu kemudian.

Setakat ini, semua syarikat telekomuni­kasi utama di Malaysia sudah membuka daftar minat bagi mendapatka­n fon terbabit yang dipakejkan bersama pelan masingmasi­ng.

Samsung Galaxy Note8 dijual pada harga RM3,999 di Malaysia yang pertama kali menggunaka­n teknologi dwikamera masingmasi­ng beresolusi 12 megapiksel bagi siri model Note.

Menariknya, ia diperkenal­kan dengan penstabil imej optikal (OIS) dan keupayaan merakam foto bokeh yang mudah dioperasik­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia