Harian Metro

Fabrik Mesra cuaca panas

- DARI MUKA 17

Himpunan terkini beri kelainan menerusi warna garang

“Oleh itu, pakaian yang dihasilkan mementingk­an kualiti fabrik kerana pelanggan terdiri daripada si comel pada usia enam bulan sehingga 10 tahun.

“Untuk itu Loveds by Mostly Mayesa sangat mementingk­an fabrik berkualiti. Rekaan pula perlulah menarik dan terhad. Untuk tampil eksklusif setiap koleksi hadir dalam kuantiti yang kecil,” katanya yang menjalanka­n pemasaran menerusi media sosial.

Menjelaska­n lebih lanjut, untuk setiap padanan kurung, Nor Eliza memilih fabrik kapas Oxford kerana sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Sifat kapas menyerap peluh dan sejuk menyebabka­n ia selesa digayakan si kecil terutama mereka yang di bawah usia setahun. Berbanding kapas lain, Oxford lebih lembut, tidak berkedut dan mudah dicuci.

“Jika koleksi pertama kami memilih warna lembut jadi untuk himpunan kedua ini kami memberi kelainan menerusi warna garang seperti merah, kuning, merah jambu terang, biru dan hijau pudina. Ia menjadi pilihan kerana bersesuaia­n dengan sifat kanak-kanak yang ceria dan periang,” katanya.

Untuk potongan pula, mengikut gaya semasa iaitu mainan dengan ropol, untuk padanan baju kanak-kanak Nor Eliza mengetenga­hkan konsep yang sama dengan menghasilk­an teknik potongan ropol pada dada dinamakan Victoria dan bahu atau Sarah. Teknik ini menjadikan si pemakai tampil menyerlah terutama apabila digayakan si kecil untuk menghadiri majlis keraian.

Untuk busana perempuan dijual pada harga RM149 manakala pakaian lelaki pada harga RM129. Hadir dalam ukuran S sehingga XL juga didatangka­n pada rona sedondon untuk ibu dan anak. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? GAYA sedondon yang tampak manis dan comel.
GAYA sedondon yang tampak manis dan comel.
 ??  ??
 ??  ?? TAMPIL comel dengan rona hijau pudina.
TAMPIL comel dengan rona hijau pudina.
 ??  ?? MERAH jambu terang dengan hiasan ropol pada dada dan bahu.
MERAH jambu terang dengan hiasan ropol pada dada dan bahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia