Harian Metro

Hidangan lazat guna isi ikan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menyediaka­n hidangan sihat dan berkhasiat bukanlah sesukar mana. Apa yang penting adalah menggunaka­n teknik memasak tanpa minyak seperti panggang, bakar, kukus atau rebus yang dapat memelihara nutrisi makanan selain memastikan menu dihidangka­n kurang lemak, minyak, garam dan gula.

Bagi ibu berkerjaya walaupun nampak sukar dan remeh, teknik memanggang mampu memberikan kelazatan yang diinginkan terutama sekiranya menggunaka­n ayam atau isi ikan segar seperti siakap, salmon atau kod.

Menurut Cef Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Jafri Mohamed, bagi menghasilk­an hidangan

Untuk lebih enak hasilkan sos dengan lemon kerana dapat kurangkan rasa hanyir

lazat menggunaka­n isi ikan pastikan rempah digunakan adalah mencukupi.

“Ikan tidak perlu dipanggang lama kerana ia akan menghilang­kan jus semula jadi yang terdapat di dalamnya. Memanggang terlalu lama juga akan membuatkan isinya menjadi kering. Oleh itu pastikan ikan dipanggang selama empat minit saja,” katanya.

Untuk lebih enak hasilkan sos menggunaka­n lemon kerana ia dapat mengurangk­an rasa hanyir ikan. Siakap panggang dengan sos enak dimakan bersama nasi atau begitu saja.

“Ikan siakap yang kaya protein juga bagus untuk tumbesaran kanak-kanak tambahan pula sos ikan kurang pedas menjadikan­nya ia menu istimewa untuk si kecil serta seisi keluarga,” katanya.

Bahan:

Sebelah isi ikan siakap

1 sudu kecil lada serbuk lada hitam 1 sudu kecil lada sulah

1 biji bawang

Holland

3 hiris lada benggala 1 sudu perahan lemon 2 ulas bawang putih 1 sudu serbuk cili 2 sudu mentega Asparagus

1 cawan susu krim UHT

 ??  ?? CEF Muhammad menunjukka­n siakap panggang yang sedia untuk dimakan.
CEF Muhammad menunjukka­n siakap panggang yang sedia untuk dimakan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia