MAUT BAWAH JENGKAUT

Jentera berat tergolek dalam gaung ketika mangsa bersih lereng bukit

Harian Metro - - Setempat - Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Lelaki maut selepas jengkaut dipandu terbalik dan menghempap dirinya di kawasan Hutan Gunung Rara, Tongod, dekat sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 3.05 petang, mangsa, Albert Albarico, 29, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai menjalankan kerja membersihkan kawasan bukit di lokasi kejadian.

“Jentera berat itu dipercayai tergelincir dari kedudukan asal lalu terjatuh ke gaung sebelum jengkaut berkenaan menghempap mangsa.

“Beberapa pekerja yang menyedari kejadian itu segera membawa mangsa ke Hospital Tawau namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sahak berkata, hasil bedah siasat

mendapati punca mangsa meninggal dunia akibat kegagalan fungsi paru-paru disyaki akibat tersepit.

Pihaknya lewat menerima laporan berhubung kejadian kerana perjalanan ke lokasi agak jauh.

“Kami hanya menerima laporan semalam (kelmarin) lalu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dihantar ke lokasi.

“Lokasi kejadian agak jauh dan perjalanan dari Tawau saja mengambil masa lebih lima jam untuk tiba di sana,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kami hanya menerima laporan semalam (kelmarin) lalu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dihantar ke lokasi”

A Sahak Rahmat

FOTO: HAZSYAH ABDUL RAHMAN

ANGGOTA keselamatan memeriksa lokasi kejadian jengkaut dipandu lelaki yang maut selepas terbalik dan menghempap dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.