LUAS KAPASITI LATIHAN

Harian Metro - - Setempat -

GiatMARA, KMSB jalin kerjasama jayakan Program Kolaborasi Latihan Superbike

taraf untuk kegunaan pelatih menjalani latihan kemahiran selama empat bulan sebelum mengikuti latihan industri di pusat servis KMSB selama tiga bulan.

Ismail Sabri berkata, melalui kerjasama itu, jelas membuktikan pelatih yang dilahirkan GiatMARA tidak lagi dipandang sebelah mata sebaliknya sentiasa mempunyai kepakaran dan kemahiran yang memenuhi permintaan pasaran.

“Untuk peringkat awal ini, kita sudah mempunyai lapan pelatih bagi mengikuti program kerjasama strategik ini.

“Pelatih bukan sahaja dapat menggunakan teknologi yang dimiliki KMSB, malah mereka juga boleh merasai suasana sebenar bagaimana pusat servis beroperasi selain mempelajari prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi,” katanya.

Katanya, pelatih yang berjaya menamatkan kursus berkenaan berpeluang mendapat pekerjaan di KMSB atau mana-mana rangkaian pengedar sah seluruh negara.

“Sekiranya berminat untuk menjadi usahawan, pelatih juga boleh membuka bengkel motosikal yang menawarkan khidmat tambahan kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi.

“Keperluan itu selari dengan kehendak pasaran motosikal berkuasa tinggi yang semakin mendapat perhatian dan permintaan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, selain GiatMARA Batu, kursus motosikal berkuasa tinggi turut ditawarkan di GiatMARA Pendang dan Kota Samarahan yang berjaya melatih seramai

161 pelatih sehingga kini.

Ismail Sabri Yaakob

ISMAIL mencuba motosikal sambil disaksikan Pengerusi GiatMARA Datuk Azian Othman (lima dari kiri) dan Pengerusi Kawasaki Motor Malaysia Ahmad Faez (empat dari kiri) pada majlis pertukaran MOA di GiatMARA Batu. Untuk peringkat awal ini, kita sudah mempunyai lapan pelatih bagi mengikuti program kerjasama strategik ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.