Bapa, anak dituduh

Harian Metro - - Setempat -

Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merogol anak kandung lima tahun lalu.

Pengawal keselamatan berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bapa dua anak yang memakai baju biru itu dilihat menangis teresak-esak ketika keluarganya menghampirinya yang duduk di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia antara 10 tahun dan 12 tahun di rumahnya di Pandan Indah, di sini antara 2012 dan 2014.

Sementara itu, di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus, anak lelaki tertuduh yang berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah tuduhan merogol mangsa iaitu adik kandung pada Disember 2015 ketika mangsa berumur 13 tahun. Seorang mekanik dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merompak wang RM500 di sebuah pusat siber menggunakan pemutar skru.

Hakim Mohammed Mokhzani

Mokhtar menjatuhkan hukuman itu ke atas G Puvanesan, 26, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mohammed dalam penghakimannya berkata, selepas mengambil kira hujahan pendakwaan, pembelaan dan mitigasi tertuduh, mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah.

“Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula pada hari ini (semalam),” katanya.

Lima saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil pada perbicaraan kes itu yang bermula pada Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.