Kain basah sejurus bangun tidur

Harian Metro - - Setempat -

Butterworth: “Kami dah serik beli perabot sebab akan rosak setiap kali banjir,” kata Salmiah Hashim, 60, antara penduduk Kampung Baru yang juga dikenali Kampung Malaysia, Mak Mandin, dekat sini, semalam.

Salmiah, antara lebih 200 penduduk kampung itu yang berdepan kejadian banjir setiap kali hujan lebat berikutan sistem saliran kurang sempurna.

“Boleh dikatakan setiap tahun kampung ini dilanda banjir, tetapi hari ini (semalam) paling teruk.

“Semalam, saya terkejut apabila mendapati kain basah sebaik terjaga dari tidur jam 5 pagi ketika hujan lebat lalu bergegas mengejutkan suami,” katanya.

Menurut Salmiah, dia dan suami bergegas menyelamatkan peti sejuk dan mesin basuh, manakala perabot lain terpaksa dibiarkan basah.

“Saya pun sudah serik hendak beli perabot kerana akan rosak terkena banjir. Malah, ketika ini, kami hanya menjaga peti sejuk dan mesin basuh bagi mengelakkan ia rosak,” katanya yang menghuni kampung berkenaan sejak 52 tahun lalu.

Beberapa anggota

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Butterworth membantu memindahkan seorang warga emas lingkungan 90-an yang tinggal seorang diri di Kampung Baru berikutan rumahnya dimasuki air hampir satu meter.

Selain rumah, banjir kilat turut menjejaskan beberapa kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Mak Mandin.

Susulan hujan lebat sejak malam semalam itu, Skuad Khas Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) membersihkan 20 rumah pam sekitar Seberang Prai bagi mengelakkan banjir lebih serius.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, selain Mak Mandin, kawasan lain turut dilanda banjir kilat di Seberang Prai ialah Kampung Perlis, Jalan Tamby Kecil, Kampung Simpah, Bagan

Jaya, Jalan Bagan Jermal, Jalan Ong Yi How, Permatang Pauh dan Taman Siakap, Seberang Jaya.

EMPAT lelaki menolak kereta yang terperangkap dalam banjir.

SEORANG penduduk menyelamatkan barang berharga.

KENDERAAN terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Masjid Negeri.

DUA anggota bomba membantu seorang warga emas yang terperangkap dalam banjir kilat.

PENDUDUK di Taman Lumba Kuda membersihkan barang dapur yang terkena air banjir.

BANJIR kilat di sekitar Jalan P Ramlee.

Salmiah

Saya pun sudah serik hendak beli perabot kerana akan rosak terkena air banjir. Malah, ketika ini, kami hanya menjaga peti sejuk dan mesin basuh bagi mengelakkan ia rosak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.