Hajat jadi sheikh ulama tak kesampaian

Harian Metro - - Setempat -

“Cita-cita besar arwah mahu menjadi seorang sheikh ulama tidak kesampaian. Namun saya reda dengan kehilangan anak bongsu saya itu,” kata Mazzaini Muda, 47, ibu kepada Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, yang terkorban dalam tragedi itu.

Wanita tabah terbabit memberitahu walaupun sedih dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu namun dia percaya anaknya itu kini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Kali terakhir berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Cita-cita dia mahu menjadi sheikh ulama dan disebabkan itu kami memasukkan dia ke dalam pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.