Datang dari jauh hulur sumbangan

Harian Metro - - Setempat -

“Ramai yang datang dari jauh dan dekat untuk menyalurkan sumbangan peribadi hari ini (semalam). Malah ramai yang meletakkan harapan pusat tahfiz ini akan dibangunkan kembali,” ujar kakitangan pentadbiran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Affandi Hamzah.

Menurutnya, sumbangan diterima itu akan disalurkan kepada keluarga mangsa termasuk memastikan pusat tahfiz ini dalam meneruskan operasinya kelak.

Beliau pada masa sama mengesahkan nombor akaun bank untuk sumbangan derma yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

Dia memaklumkan nombor akaun Bank CIMB Islamic bernombor 8602299587 adalah milik pusat pengajian itu.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.