Tingkat tahap keselamatan pondok

Harian Metro - - Setempat -

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menasihatkan semua pengusaha pondok yang berdaftar dan persendirian meningkat tahap keselamatan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, sehingga kini semua 46 pondok yang berdaftar di bawahnya memenuhi syarat dan kriteria keselamatan ditetapkan.

Beliau berkata, pengusaha pondok perlu memastikan tahap keselamatan pondok mereka berada dalam keadaan terbaik untuk memastikan keselamatan tenaga pengajar dan pelajar terjamin.

“Untuk berdaftar di bawah MAIK kita menetapkan beberapa syarat termasuk perlu memenuhi kriteria keselamatan dalam berdepan kebakaran, banjir dan sebagainya. Keutamaan adalah keselamatan penghuninya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.