Ambil kesempatan tragedi sedih

Harian Metro - - Setempat -

Ambil kesempatan buat duit melalui simpati dan rasa sedih orang ramai.

Itu taktik segelintir individu dikesan cuba menipu dengan mengumpul derma kononnya untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai lebih berwaspada dan menyiasat dahulu kesahihan maklumat diterima.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, orang ramai harus menyemak status kesahihan sesuatu pertubuhan yang meminta sumbangan terlebih dahulu.

“Sekiranya mencurigakan, saya minta orang awam melaporkan perkara ini (nombor akaun palsu) yang meminta sumbangan orang awam kepada pihak polis,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.