JPN jawab isu Rahimah Abd Rahman

Harian Metro - - Reaksi -

Merujuk perkara di atas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan Rahimah

Abd Rahman berkaitan dua daripada lima anaknya yang tiada sijil kelahiran.

Hasil semakan mendapati dua anaknya yang tiada sijil kelahiran dilahirkan di Sabah. Setiap kelahiran di Sabah hanya boleh didaftarkan di Sabah saja berdasarkan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951(Sabah Cap123).

Sehubungan itu, Rahimah perlu mengemukakan permohonan pendaftaran lewat kelahiran anaknya di mana-mana pejabat JPN di Sabah berserta dokumen lengkap supaya permohonan terbabit dapat diproses berdasarkan peraturan sedia ada.

Fara Maya Ahmad Jelani Pegawai Perhubungan Awam, b.p Ketua Pengarah

Jabatan Pendaftaran Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.