Gesa rakyat turun ramai-ramai

Harian Metro - - Setempat -

Rakyat Sabah terutama sekitar bandar raya ini diminta hadir meraikan Hari Malaysia yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Sabah dipilih sebagai tuan rumah sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya harap masyarakat di Sabah di kawasan bandar raya ini keluar beramai-ramai bagi meraikan Hari Malaysia.

“Ini kerana selain 31 Ogos, 16 September ialah pengiktirafan penubuhan Malaysia dan diisytiharkan sebagai cuti umum yang diraikan bukan saja masyarakat Sabah dan Sarawak tetapi seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksi upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Naib Canselor Prof Dr D Kamarudin D Mudin manakala Jabatan Penyiaran Malaysia, diwakili Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, di sini, semalam. Dr Kamarudin berkata, MoU bersama yang berkuatkuasa selama lima tahun bermula semalam bertujuan mengembangkan kerjasama dan usahasama dalam bidang penyiaran, kewartawanan dan teknikal berdasarkan prinsip ekuiti serta manfaat bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.