48 jemaah Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci

Harian Metro - - Setempat -

Temerloh: Lembaga Tabung Haji (TH) berkata setakat hari ini 48 jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci.

Anggota Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata angka itu rendah berbanding 32 orang keseluruhannya tahun lalu, selepas diambil kira pertambahan 10,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

“Pada tahun ini, kita lebih ketat dalam pemeriksaan kesihatan dan setiap doktor diminta untuk benar-benar memastikan tahap kesihatan jemaah sebelum memberikan kelulusan.

“Jika ada sakit, perkara itu hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada TH dan jika didapati ada doktor yang meluluskan mereka yang tidak sihat, mereka boleh dikesan kerana setiap doktor diberikan nombor pengenalan khusus TH,” katanya.

Abdul Shukor berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris Mohd Sufian Resli, 38, yang meninggal dunia di Makkah. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.