NEKMAT bantu bawa pulang nelayan dari Riau

Harian Metro - - Setempat -

Segala usaha termasuk bantuan kewangan diberikan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi membawa pulang tiga nelayan yang dibebaskan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa mencerobohi perairan negara terbabit.

Pengerusi NEKMAT Ahmad Rudin Hussain berkata, pihaknya sudah minta pihak pengurusannya di Terengganu berhubung dengan waris nelayan berkenaan bagi mengetahui perkembangan lanjut kesemua mereka itu.

Menurutnya, pihaknya terpanggil membantu membawa pulang semua nelayan terbabit yang ditahan di Riau sejak 16 April lalu.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa kos untuk membawa pulang setiap nelayan sebanyak RM800 seorang dan keluarga mangsa memerlukan kira-kira RM5,000 bagi tujuan itu.

“NEKMAT akan membantu dalam aspek kewangan bagi membawa kesemua nelayan itu pulang semula ke Terengganu dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.