Jom kaki pancing ke Tasik UMP

Harian Metro - - Setempat -

Lebih satu tan ikan patin, talipia merah dan keli menanti peserta yang menyertai Pertandingan Memancing Terbuka di Tasik Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan hari ini.

Program sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia itu dianjurkan Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP (PSK) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor UMP yang menawarkan hadiah wang tunai lebih RM16,000 kepada pemenang.

Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pertandingan memancing kali ini menawarkan hadiah wang tunai RM7,000 kepada pemenang pertama, RM3,000 (naib johan) dan RM1,000 (ketiga).

Menurutnya, pemenang tempat keempat hingga ke-10 masing-masing layak menerima RM250.

DR Daing (dua dari kiri) bersama Ketua Timbalan Pendaftar Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UMP, Datin Fazia Ali melepaskan ikan bagi Pertandingan Memancing Terbuka di Tasik UMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.