Rumah uzur 10 beranak dibaiki

Harian Metro - - Setempat -

“Kami bersyukur kerana akhirnya ada pihak sudi menghulurkan bantuan membaiki rumah kami yang uzur.”

Itu luahan Zauyah Osman, 62, yang kisahnya tular menghuni rumah uzur dan rosak selepas dilanda ribut bersama sembilan ahli keluarga termasuk suami di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, di sini.

Katanya, rumah lama itu kini dibaik pulih secara gotong-royong hasil peruntukan disalurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Datuk Ali Yahaya.

“Kami tidak menyangka beliau (Ali) sanggup menziarahi kami, sekali gus mengeluarkan peruntukan bagi membaiki rumah yang rosak ini.

“Rumah ini dijangka siap dibaiki dan boleh diduduki kembali pada penghujung bulan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Md Sharif Md Isa berkata, Zauyah pernah memohon bagi bantuan baik pulih segera dan lawatan ke rumah keluarga itu pernah dilakukan Mei lalu.

“Zauyah disenaraikan sebagai penerima bantuan berkenaan, bagaimanapun kos baik pulih rumah mereka melebihi peruntukan disediakan.

“Bantuan membaik pulih rumah mereka dijangka dilakukan pada tahun hadapan mengikut kos sebenar yang diperlukan,” katanya.

MD Sharif menyampaikan sumbangan kepada Zauyah bagi menampung keperluan membaiki rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.