KERAIAN BERGANDA

Harian Metro - - Setempat - Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

WONDA Coffee, antara jenama kopi segera terkemuka Malaysia, tampil dengan kelainan pada sambutan Hari Malaysia 2017 dengan jalinan kerjasama bersama Pizza Hut Delivery bagi menggandakan kegembiraan kepada pelanggan baru dan setianya.

Melalui pakej menarik yang ditawarkan dalam masa terhad, hasil kerjasama itu pelanggan berpeluang meraikan hari bersejarah negara dengan rasa sebenar Malaysia.

Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram berkata, Hari Malaysia adalah plaform terbaik bagi rakyat memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia sejak tahun 1963.

“Bagi menghormati dan meraikan Hari Malaysia kali ini, WONDA Coffee membawa semula pelanggan merenung semula pencapaian Malaysia dan ia tidak akan lengkap tanpa Kopi Tarik lama.

“Penggemar kopi juga pasti teruja apabila mengetahui WONDA Coffee membawa semula rasa Kopi Tarik untuk mengenang dan juga meraikan rasa sebenar Malaysia,” katanya.

Katanya, WONDA Coffee menawarkan dua tin WONDA Kopi Tarik kepada pelanggan secara percuma dengan cara mudah saja iaitu hanya perlu memesan Pizza Hut Double Box melalui Pizza Hut Delivery.

Promosi berkenaan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan boleh didapati di 203 kedai Pizza Hut Delivery di seluruh negara kepada mereka yang paling cepat mendapatkannya.

“Kami mahu memperingati hari penting ini bersama rakyat Malaysia dan cara terbaik untuk meraikannya dengan membawa sesuatu

WONDA Coffee, Pizza Hut Delivery tawar pakej istimewa sempena Hari Malaysia

yang mewakili rakyat Malaysia iaitu Kopi Tarik,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya benar-benar menghargai kesetiaan pelanggannya dan komited mengambil langkah lagi dalam memberi ganjaran menarik dengan tawaran unik kepada semua.

“Kami sangat gembira dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pizza Hut Delivery pada sambutan Hari Malaysia kali ini dengan menawarkan Kopi Tarik percuma bagi peminat minuman ini.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan WONDA Coffee Asli, Mocha, Latte dan Extra Presso bagi menyuntik keseronokan kepada rakyat Malaysia serta pencinta kopi sempena Hari Malaysia kali ini melalui tawaran unik yang diadakan,” katanya.

PROMOSI pembelian Pizza Hut Double Box percuma dua tin WONDA Kopi Tarik berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.