Lelaki kemurungan jatuh pangsapuri

Harian Metro - - Setempat -

Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai mengalami masalah kemurungan ditemui mati dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah pangsapuri di Seksyen 13 di sini, semalam.

Pada kejadian jam 7 pagi, lelaki terbabit dipercayai terjun daripada tingkat tiga melalui tingkap sebelum ditemui orang awam di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, siasatan Kami syak lelaki itu terjun melalui tingkat rumah ini. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut”

Nek Zaidi Zakaria awal pihaknya mendapati lelaki itu tinggal bersendirian di pangsapuri milik ibu angkatnya.

“Lelaki itu masih bujang dan tidak bekerja. Maklumat daripada keluarganya mendapati dia mengalami masalah tekanan dan kemurungan sejak-sejak akhir ini.

“Pemeriksaan dalam rumah dihuni lelaki itu mendapati tingkap cerminnya terbuka dan terdapat kerusi di bawah tingkap terbabit,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga menemui kesan tapak kaki di atas kerusi dan tingkap terbabit.

“Kami syak lelaki itu terjun melalui tingkat rumah ini. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

MAYAT mangsa dibawa ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.