Harian Metro

PDRM belum habis kumpul bukti

-

 9 anggota Unit Polis Forensik sambung siasatan di pusat tahfiz

Tujuh hari tragedi mengorbank­an 23 penuntut tahfiz dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h sudah berlalu, namun polis masih menjalanka­n tugas siasatan di lokasi kejadian.

Semalam, sepasukan anggota Unit Polis Forensik dilihat muncul sekali lagi sekitar jam 12 tengah hari untuk menyambung siasatan di lokasi kejadian.

Kehadiran sembilan anggota polis itu bertujuan mengambil semula gambar selain dilihat membawa masuk penanda bernombor dalam sebuah kotak.

Mereka turut membawa segulung plastik lut sinar dipercayai bagi mengambil beberapa sampel bahan bukti.

Anggota polis terbabit hanya beredar dari kawasan bangunan pusat tahfiz itu kira-kira 45 minit kemudian.

Sementara itu, Harian Metro dimaklumka­n tiga pemilik motosikal dan sebuah kereta sudah dibenarkan membawa keluar kenderaan masing-masing dari dalam kawasan pusat tahfiz itu.

Mereka sebelum ini tidak dibenarkan untuk dialihkan kenderaan kerana bimbang menjejaska­n siasatan di kawasan itu.

Malah, pihak pengurusan tahfiz itu juga sudah diberi kebenaran untuk mengambil serta membawa keluar barangan yang diperlukan mereka dalam pejabat yang terletak di aras bawah pusat tahfiz itu.

 ??  ?? SEORANG anggota Unit Forensik Polis menyiasat di asrama pelajar.
SEORANG anggota Unit Forensik Polis menyiasat di asrama pelajar.
 ??  ?? BAHAN bukti dibawa keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.
BAHAN bukti dibawa keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia