Harian Metro

Dugaan kecil

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

 Fathia Latiff anggap kecaman akibat video tidak sopan tular sebagai pengajaran

“Apalah sangat dihentam dan dicemuh berbanding mereka yang harus berdepan dengan perkara lebih besar membabitka­n nyawa,” kata pelakon Fathia Latiff mengenai dirinya yang dikecam teruk apabila video memaparkan dia bersama pelakon baru, Natasha Elyzza dalam keadaan tidak sopan tular sejak Jumaat lalu.

Dalam masa sama, pelakon dikenali menerusi drama Ariana Rose itu digugurkan daripada membintang­i drama Laluna kerana masalah disiplin.

Bagi Fathia, apa dilaluinya sekarang hanya kecil berbanding dugaan yang dilalui pihak lain.

“Saya percaya ada sebab mengapa perkara ini berlaku dan Allah SWT mahu tunjukkan sesuatu supaya saya belajar daripadany­a. Ini semua adalah pengajaran untuk saya.

“Saya kini kenal siapa kawan yang sanggup bersama untuk berhadapan dengan situasi yang mencengkam ini,” katanya.

Kelmarin, Fathia membuat pengakuan di Instagram yang wanita di dalam video bersama Natasha itu adalah dirinya.

Fathia memohon maaf kepada penerbit drama Laluna, TenView Sdn Bhd atas masalah dihadapi dan menganggap tiada rezeki untuk dia dan penerbitan drama itu untuk bekerjasam­a.

“Selepas nama saya digugurkan, saya dapat tahu ada penerbit yang secara terang-terangan menyatakan pendirian mereka masih berminat dan mahu bekerjasam­a dengan saya. Saya bersyukur dengan perkembang­an itu.

“Bagaimanap­un dalam waktu sama apabila tidak terbabit dengan mana-mana penggambar­an, ia secara tidak langsung memberikan saya ruang memberi tumpuan kepada perniagaan tudung dan baju yang diusahakan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia