Harian Metro

Pelajar bersalin bercinta sejak tingkatan 1 Dapat balik RM175,400

-

Jempol: Pelajar berusia 15 tahun yang melahirkan bayi perempuan dalam surau sebuah sekolah menengah di daerah ini dilaporkan menjalin hubungan dengan teman lelakinya sejak berada di tingkatan satu.

Sumber berkata, sejak itu mangsa dipercayai mengadakan hubungan seks sebelum mengandung dan melahirkan anak.

“Perubahan fizikal pada pelajar terbabit juga tidak disedari ahli keluarga dan guru kerana perutnya tidak kelihatan membuncit.

“Bayi dilahirkan itu kini ditempatka­n dalam inkubator kerana dilahirkan tidak cukup bulan dengan beratnya hanya dua kilogram,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, pelajar tingkatan tiga itu melahirkan bayi di surau sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Serting, Jempol.

Polis menerima panggilan daripada pihak sekolah memberitah­u remaja terbabit pengsan di surau sekolah sebelum menemui pelajar itu terbaring dengan bayi perempuan di atas badannya.

Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi sendirian dan dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Tindakan bijak seorang ahli perniagaan melaporkan kepada polis mengenai anak lelakinya berusia 17 tahun diculik pada 3 September lalu di Taiping, dekat sini, menyelamat­kan nyawa pelajar terbabit selain turut membantu polis menumpaska­n kumpulan penculik yang meminta wang tebusan berjumlah RM3 juta.

Peniaga barangan terpakai berusia 43 tahun itu selepas membuat beberapa rundingan melalui telefon dengan kumpulan penculik akhirnya berjaya mengurangk­an wang tebusan menjadi RM300,000 sebelum penculik terbabit bersetuju menyerahka­n anaknya.

Menurut bapa mangsa yang ditemui media tiga hari selepas anaknya diselamatk­an polis, dia bersyukur anaknya selamat tanpa sebarang kecederaan dan berterima kasih kepada polis kerana tindakan pantas mereka memberkas suspek.

“Polis Diraja Malaysia terutama Polis Perak sangat cekap, bukan saja dapat menyelamat­kan anak saya tetapi turut menahan dalang serta semua suspek yang dipercayai terbabit menculik anak saya.

“Syukur anak saya selamat dan terima kasih kepada polis,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya menyelesai­kan kes culik remaja lelaki di Taiping yang disembunyi­kan di Butterwort­h, Pulau Pinang membabitka­n tuntutan wang tebusan RM3 juta dalam operasi khas pada 3 hingga 6 September lalu.

“Polis menerima maklumat daripada bapa mangsa jam 3.30 petang, 3 September lalu yang mengatakan anaknya diculik dan penculik meminta wang tebusan selain mengugut mencederak­an atau membunuh mangsa sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

“Bapa mangsa seorang peniaga barangan terpakai di Taiping berusia 43 tahun

 Penjenayah minta tebusan RM3 juta ditahan selepas ahli perniagaan lapor polis anak diculik

kerja cari gali emas tanpa lesen.

“Anggota penguat kuasa menahan mereka untuk siasatan mengikut Seksyen 47 dan 81 Akta Perhutanan Negara kerana memasuki HSK dan mengambil hasil mineral tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. membuat aduan mengatakan anaknya diculik pada 2 September, jam 8 malam dan penculik meminta tebusan RM3 juta.

“Dari 3 hingga 6 September lalu, bapa mangsa menerima 10 panggilan telefon daripada suspek dan membuat rundingan mengurangk­an wang tebusan menjadi RM300,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.

Menurutnya, Pasukan Siasatan Khas ditubuhkan susulan kes itu dan pada 5 September lalu, suspek menghubung­i bapa mangsa mengarahka­nnya ke Johor Bahru untuk menyerahka­n wang tebusan.

“Selepas penyerahan wang tebusan dibuat, polis membuat enam serbuan di beberapa lokasi di Johor Bahru dengan lapan tangkapan dan pada masa sama jam 10 malam, polis juga menyelamat­kan mangsa melalui penahanan dua suspek yang membawa mangsa dengan kereta Perodua Myvi ke Pulau Pinang.

“Mangsa ketika itu dalam keadaan sangat trauma dengan tangan diikat dan mata ditutup dengan kain di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan, namun tidak cedera,” katanya.

Hasnan berkata, polis menahan dua lagi suspek menjadikan keseluruha­n tangkapan 12 suspek berusia 17 hingga 36 tahun termasuk tiga wanita serta merampas pelbagai barangan termasuk tiga kereta, satu motosikal, dua parang, satu pas keselamata­n polis bantuan Singapura dan barangan lain dipercayai digunakan dalam kes culik berkenaan.

“Polis turut menemui wang tunai RM175,400 di dua lokasi berasingan di Johor Bahru dan masih mengesan baki wang tebusan berkenaan yang dipercayai dibahagika­n sesama suspek serta mengenal pasti sama ada terdapat suspek lain dalam kes berkenaan,” katanya.

 ??  ?? HASNAN menunjukka­n duit tebusan berjumlah RM175,400 yang ditemui semula pada sidang media di IPK Perak, Ipoh.
HASNAN menunjukka­n duit tebusan berjumlah RM175,400 yang ditemui semula pada sidang media di IPK Perak, Ipoh.
 ??  ?? LAPAN individu yang ditahan kerana melombong emas tanpa lesen, kelmarin.
LAPAN individu yang ditahan kerana melombong emas tanpa lesen, kelmarin.
 ??  ?? PERALATAN men du lan g emas yang dirampas.
PERALATAN men du lan g emas yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia