Harian Metro

Sawa baham ‘Muk’

-

Kota Belud: Seorang lelaki terkejut selepas mendapati seekor ular sawa sepanjang 4.1 meter (m) membaham monyet bernama ‘Muk’ yang dipelihara­nya sejak tiga tahun lalu di Kampung Pirasan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, Hakim Apok, 59, keluar dari rumah untuk membuat pemeriksaa­n selepas mahu memberi makan kepada haiwan kesayangan­nya itu.

Selepas menyedari kejadian, dia kemudian menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai APM Kota Belud Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.11 pagi dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati ular sawa membaham haiwan peliharaan pengadu,” katanya menambah, pihaknya mengambil masa empat minit untuk menangkap ular sawa berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap ular sawa di di Kampung Pirasan.
ANGGOTA APM menangkap ular sawa di di Kampung Pirasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia