Harian Metro

Enam pertuduhan cabul anak sulung

-

Tertuduh melakukan perbuatan itu antara Mac hingga Ogos lalu pada jam 4 petang di sebuah rumah di Jalan Kesuma 1/4, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini.

Bagi pertuduhan keenam, tertuduh didakwa dengan sengaja menyentuh mana-mana bahagian badan anaknya dengan cara memeluk dari arah belakang dan memegang sambil meramas kedua-dua buah dada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di atas motosikal dalam perjalanan dari sebuah sekolah menengah menuju ke rumahya pada waktu sama, Ogos lalu.

Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah anak kandung tertuduh.

“Ekoran kejadian ini, mangsa yang kini dalam pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengalami tekanan sehingga dia mengelar pergelanga­n tangannya dan menerima rawatan di hospital,” katanya.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia