Harian Metro

Pak Arab bawa prebet sapu dicekup SPAD

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Kegiatan teksi haram atau prebet sapu di Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bukan hanya dilakukan warga tempatan, malah kini turut didalangi warga asing.

Aktiviti itu dibuktikan susulan penahanan lelaki warga Iraq berusia 53 tahun yang disyaki memujuk pelancong asing yang baru tiba di balai ketibaan KLIA, petang kelmarin.

Malah, lelaki terbabit didapati menggunaka­n kenderaan sewa pandu pelanconga­n milik syarikat yang didapati permitnya tamat tempoh sejak Jun lalu.

Jurucakap Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) berkata, pihaknya membuat penyamaran di lokasi dan memantau aktiviti memujuk penumpang di kalangan prebet sapu.

“Kami mengesan seorang lelaki dipercayai dari Asia Barat memujuk satu keluarga pelancong yang baru tiba di KLIA.

“Kami mendapati mereka bergerak ke sebuah van milik lelaki itu dan memasukkan bagasi pelancong terbabit. Individu itu ditahan serta-merta oleh anggota SPAD,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n mendapati lelaki itu berasal dari Iraq dan tiada lesen pengendali perkhidmat­an awam. ual nama’ Kementeria­n Kerja Raya (KKR) pada kepala surat selain memalsukan tandatanga­n menteri pada kontrak palsu bagi memperdaya orang ramai serta mendapatka­n wang mudah.

Dalam penipuan terbaru dikesan kementeria­n berkenaan, satu dokumen berkaitan kontrak palsu bernilai bilion ringgit di luar negara ditawarkan sindiket kepada syarikat dan individu tertentu.

Bagaimanap­un sindiket terbabit mendakwa kononnya kontrak terbabit bermasalah berikutan bayaran cukai belum dijelaskan kepada kerajaan.

Bagi mengatasi masalah itu, syarikat yang berminat meneruskan kontrak perlu membayar RM4,193 dalam tempoh tertentu atau tawaran itu dibatalkan.

Unit Komunikasi Korporat KKR berkata, laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, kelmarin, berhubung penipuan yang menggunaka­n nama kementeria­n itu.

Menurutnya, mereka menerima laporan daripada orang awam berkaitan dokumen didakwa dikeluarka­n KKR dan ditandatan­gani Menteri Kerja Raya.

“Selepas disemak, dokumen itu tidak pernah dikeluarka­n KKR dan format digunakan bukan format rasmi kementeria­n. Kami membuat laporan bagi menafikan kementeria­n mengeluark­an dokumen itu dan memberi amaran kepada orang awam berkaitan dokumen palsu supaya tidak

 ??  ?? LELAKI yang ditahan SPAD kerana melakukan kegiatan prebet sapu di KLIA.
LELAKI yang ditahan SPAD kerana melakukan kegiatan prebet sapu di KLIA.
 ??  ?? VAN yang digunakan untuk mengangkut pelancong.
VAN yang digunakan untuk mengangkut pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia