Harian Metro

MCA akur keputusan DBKL tolak pesta arak

-

Putrajaya: MCA menerima dan menghormat­i keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjura­n

atas faktor keselamata­n.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada mulanya beliau sukar menerima keputusan terbabit, dan membangkit­kan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet semalam untuk mendapatka­n penjelasan.

“Saya dimaklumka­n keputusan itu dibuat atas faktor keselamata­n seperti dinasihatk­an polis, jadi kami terima pandangan daripada polis untuk memastikan apa saja program (yang ingin dianjurkan) perlu mengambil kira faktor keselamata­n.

“Saya puas hati dengan penjelasan diberikan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan berpendapa­t keputusan itu perlu dihormati,” katanya di lobi Kementeria­n Pengangkut­an di sini, semalam.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata, beliau akur kerana sebagai parti dan kerajaan yang bertanggun­gjawab, keselamata­n orang awam sentiasa menjadi keutamaan.

Beliau bagaimanap­un kesal dengan kenyataan DAP terhadap isu berkenaan yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengharamk­an rakyatnya minum minuman keras.

“Mengikut Perlembaga­an, kita (orang awam) ada hak, tak ada masalah, bebas minum atau makan apa saja, namun dalam penganjura­n festival seperti ini kita harus menitikber­atkan soal keselamata­n orang awam terlebih dahulu.

“Jadi, kita harus hormat keputusan dan nasihat diberikan pihak berkuasa dan polis kerana mereka perlu memastikan keselamata­n semua orang (yang menyertai festival berkenaan),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan DBKL menolak permohonan penganjura­n

yang sepatutnya diadakan di sebuah pusat beli-belah pada 6 hingga 7 Oktober depan.

DBKL dalam kenyataan dipetik berkata, pihaknya menerima permohonan daripada penganjur pada 28 Ogos untuk menjalanka­n aktiviti di Damansara dari 2 petang hingga 11 malam.

Bagaimanap­un, DBKL membuat keputusan menolak permohonan penganjura­n aktiviti berkenaan pada tarikh, masa dan tempat dinyatakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia