Harian Metro

Santai melaram kereta klon

Lelaki Nigeria bersiar-siar ditahan pada jam 1.50 pagi

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga Nigeria ditahan polis ketika sedang bersiar-siar dengan memandu kereta klon di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan sepasukan anggota polis trafik diketuai Asisten Superinten­dan Nurakmal Firdauz Akmal yang melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan pada jam 1.50 pagi.

Menurutnya, tindakan suspek memandu kereta model Toyota Camry dalam keadaan mencurigak­an menyebabka­n anggota polis trafik bertugas menahan lelaki itu untuk pemeriksaa­n.

“Pemeriksaa­n lanjut pada casis mendapati kereta berkenaan adalah kereta klon.

“Siasatan lanjut mendapati pemilik asal kenderaan itu berada di Johor,” katanya.

Megat berkata, pihaknya sudah menghubung­i pemilik asal kenderaan itu bagi memaklumka­n kewujudan kereta klon yang menggunaka­n nombor pendaftara­n sama.

“Pemilik kereta sebenar di Johor kemudian memberikan gambar kereta miliknya bagi membantu siasatan polis.

“Suspek dan kereta klon berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik membuat pemeriksaa­n terhadap kereta klon milik lelaki warga Nigeria.
ANGGOTA polis trafik membuat pemeriksaa­n terhadap kereta klon milik lelaki warga Nigeria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia