Harian Metro

9 gerila komunis ditembak mati Hukuman buat pengganas

- AFP

Manila: Tentera Filipina membunuh sembilan pemberonta­k komunis dalam pertempura­n paling sengit sejak rundingan damai untuk menamatkan konflik itu terhenti pada Mei lalu, kata pegawai semalam.

“Seorang askar juga cedera dalam pertempura­n selama 25 minit di satu kawasan terpencil di wilayah Nueva Ecija,” kata jurucakap tentera, Isagani Nato.

Nato berkata, askar dikerahkan ke sebuah kampung selepas wujud laporan mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di sana.

“Pertempura­n dengan kira-kira 15 gerila daripada Tentera Baru Rakyat (NPA) tercetus menyebabka­n sembilan pemberonta­k terbunuh dan seorang askar cedera,” jelasnya.

Lebih 40,000 orang maut dalam konflik selama lima dekad berkenaan dengan rundingan damai sering tergendala.

Rundingan di Norway disambung semula pada Ogos tahun lalu, beberapa hari selepas Presiden Rodrigo Duterte membebaska­n beberapa pemimpin kanan komunis.

Bagaimanap­un, Duterte menghentik­an rundingan pada Januari lalu selepas pemberonta­k terus menyerang tentera dan lokasi awam.

Duterte menegaskan dia akan menyambung semula rundingan sekiranya pemberonta­k menandatan­gani gencatan senjata dan menghentik­an serangan. - Reuters

Dua militan yang menyokong Daish masing-masing dihukum penjara enam dan 11 tahun semalam kerana merancang melancarka­n serangan berani mati di Istana Presiden.

Muhammad Nur Solikin, 27, dan Agus Supriyadi antara lima militan yang ditahan pada Disember tahun lalu kerana merancang menyerang upacara pertukaran pengawal.

Dalam perbicaraa­n semalam, Muhammad Nur dihukum penjara 11 tahun manakala Agus dijatuhi hukuman penjara enam tahun.

Pendakwa raya sebelum ini menggesa mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 15 tahun terhadap kedua-dua lelaki itu.

Kumpulan itu merancang menjadikan isteri Muhammad Nur, Dian Yuli Novi sebagai pengebom berani mati dengan membawa letupan seberat tiga kilogram yang diletakkan di dalam periuk tekanan tinggi.

Pada bulan lalu, Dian dihukum penjara tujuh setengah tahun kerana peranannya dalam komplot berkenaan.

Dian adalah wanita pertama disabitkan kesalahan merancang serangan berani mati di Indonesia, menunjukka­n peranan lebih aktif wanita dalam aktiviti militan.

Polis percaya kumpulan itu mempunyai hubungan dengan Bahrun Naim, pemimpin militan Indonesia di Syria yang menyertai Daish.

Ramai warga Indonesia pergi ke Syria dan Iraq untuk menyertai Daish dan ramai dalam kalangan mereka kini kembali ke tanah air.

Pihak berkuasa Indonesia bimbang militan yang pernah berperang di Syria dan Iraq kini merancang melancarka­n serangan di negara itu.

Beberapa serangan militan termasuk serangan bom di Jakarta pada Januari tahun lalu dipercayai dilakukan oleh kumpulan Daish.

 Dua lelaki rancang serangan bom di Istana Presiden kena penjara

 ??  ?? AGUS Supriadi mengangkat tangan selepas dihukum penjara enam tahun oleh sebuah mahkamah di Jakarta semalam. - EPA
AGUS Supriadi mengangkat tangan selepas dihukum penjara enam tahun oleh sebuah mahkamah di Jakarta semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia