Harian Metro

Nikah di luar negara undang kesan buruk

- Tuan Musa Awang Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mel : musa.awang.pgsm.org.my

Pernikahan di luar negara kebiasaann­ya dikaitkan dengan pernikahan poligami yang mendapat bantahan isteri pertama. Tidak kurang juga melibatkan perkahwina­n pasangan bujang yang mendapat halangan daripada wali atau sebab-sebab lain yang memerlukan pernikahan dijalankan secara segera. Walaupun secara hakikatnya halangan itu boleh diselesaik­an dengan melalui proses permohonan kebenaran berpoligam­i atau kebenaran berwalikan hakim di mahkamah syariah, namun sebahagian besarnya memilih jalan singkat dengan pergi bernikah di luar negara, khususnya di selatan Thailand.

Secara asasnya, setiap pernikahan yang dijalankan di luar negara hendaklah terlebih dulu mendapatka­n surat kebenaran untuk bernikah di luar negara daripada Jabatan Agama

Islam di negeri masing-masing. Apabila akad nikah dijalankan tanpa kebenaran berkenaan, maka ia suatu pernikahan yang bersalahan dengan undang-undang, walaupun akad nikah itu dilangsung­kan dengan berwalikan oleh wali yang sah.

Setiap pernikahan yang memenuhi kehendak hukum syarak, tidak kira di mana saja ia dijalankan, akan menjadi sah jika semua rukun dan syarat nikah dipenuhi. Malangnya ada pernikahan yang tidak menepati kehendak hukum syarak terutama dari segi syarat perwalian, saksi, syarat bagi pengantin lelaki dan syarat bagi pengantin perempuan. Contohnya, apabila seorang isteri mendakwa dia diceraikan oleh suami terdahulu tetapi belum membuat pengesahan perceraian di mahkamah dan mendaftark­an perceraian itu, kemudian dia bernikah dengan lelaki yang lain di luar negara, maka pernikahan itu boleh jadi tidak sah dari segi hukum syarak.

Pernikahan di luar negara juga perlu dipastikan beberapa aspek dan kriteria, antaranya - tempat akad nikah adakah diiktiraf oleh negara berkenaan. Mulai September 2010, pernikahan di Thailand hanya sah dilakukan di Majlis Agama Islam di wilayah yang diiktiraf kerajaan Malaysia saja. Pekeliling ini dikeluarka­n bagi mengelak pernikahan sindiket yang tidak diiktirafk­an atau ‘pernikahan ekspres’ atau jurunikah palsu.

Perlu juga dipastikan jarak tempat berlaku akad nikah dengan tempat bermastaut­in wali mestilah melebihi dua marhalah atau melebihi 92 kilometer. Sekiranya kurang daripada jarak itu, boleh menyebabka­n perkahwina­n itu tidak sah dari segi syarak.

Mahkamah juga akan mengambil kira pengiktira­fan jurunikah yang menjalanka­n majlis akad nikah berkenaan. Terdapat kes di mana jurunikah sudah tamat tauliah sebagai jurunikah oleh negara berkenaan, tetapi masih menjalanka­n upacara akad nikah pasangan.

Pernikahan di luar negara kelihatan mudah dan cepat. Hakikatnya ia lebih menyusahka­n dan memenatkan pihak berkenaan. Suatu perkahwina­n yang dijalankan di luar negara hendaklah dilaporkan di Jabatan Agama Islam dalam tempoh enam bulan dari tarikh nikah. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabka­n pasangan berkenaan dikenakan penalti denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Proses mendaftark­an pernikahan itu juga memerlukan dokumen sokongan seperti Sijil Perakuan Nikah negara berkenaan, surat pengesahan sijil nikah negara berkenaan, salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, salinan pasport keluar dan masuk serta Surat Pengesahan Dokumen daripada Konsulat atau Kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Dalam sesetengah kes, mahkamah mengarahka­n pihak membawa saksi yang hadir semasa majlis akad pernikahan itu. Bayangkan kesusahan dan kos yang terpaksa dikeluarka­n untuk membawa saksi berkenaan hadir ke mahkamah, terutama jika saksi bukan warganegar­a Malaysia.

Selagi pernikahan itu tidak disah dan didaftarka­n, maka pernikahan de facto pasangan itu tidak diperakui dan dilindungi oleh undang-undang negara. Sekiranya anak lahir sedangkan pernikahan belum didaftarka­n, maka pihak berkenaan akan menghadapi kesukaran untuk mendaftark­an kelahiran anak tersebut di Jabatan Pendaftara­n Negara.

Tuntutan nafkah anak, nafkah isteri, tuntutan supaya suami menjalanka­n tanggungja­wab, tuntutan kembali taat serta nusyuz terhadap isteri dan sebagainya tidak dapat difailkan ke mahkamah. Masalah sampingan akan timbul apabila si isteri berhasrat menunaikan umrah atau haji kerana tidak mempunyai sijil nikah sah.

Dan sekiranya berlaku kematian akan timbul masalah berhubung pembahagia­n pusaka, pengeluara­n wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP), pengeluara­n wang pencen, tuntutan harta sepecarian dan sebagainya.

Di samping itu, pasangan juga berisiko dikenakan penalti atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran. Wanita yang bernikah di luar kawasan tanpa mendapat kebenaran boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Manakala, bagi si lelaki yang berpoligam­i tanpa kebenaran mahkamah syariah juga boleh dikenakan dengan hukuman yang sama.

Pernikahan di luar negara yang tidak didaftarka­n sehingga kemudian berlaku perceraian pula antara mereka akan memberikan kesan yang lebih besar terutama dari segi status anak-anak, status pihak sama ada sudah bergelar janda atau duda atau masih kekal sebagai suami isteri. Masalah akan menjadi lebih rumit sekiranya si isteri ingin atau berkahwin baru, sedangkan pernikahan dan perceraian dengan suami sebelumnya masih belum disahkan dan didaftarka­n.

Kadang-kadang kita mencari jalan singkat dan mudah untuk ke suatu destinasi tanpa memikirkan risiko bahawa jalan singkat itu sebenarnya jalan singkat penuh berliku, lebih banyak persimpang­an, lebih menjerihka­n dan lebih menyusahka­n. Oleh sebab itu sebelum buat sesuatu, dapatkanla­h pandangan dan nasihat orang yang arif mengenainy­a atau sekurang-kurangnya mengutip pengalaman daripada orang yang pernah melaluinya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia