Harian Metro

Kursus fardu ain untuk saudara baru

-

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) ingin mempelawa saudara baru bagi mengikuti Kursus Intensif Fardu Ain Peringkat Lanjutan bagi Siri 2/2017.

Kursus Fardu Ain itu akan diadakan pada 25 September 2017 di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 malam.

Untuk makluman, antara syarat kelayakan permohonan ialah pemohon mestilah saudara baru yang berdaftar dengan JAWI atau mana-mana jabatan agama negeri, berumur antara 18 hingga 60 tahun dan sihat fizikal serta mental.

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang yang terdapat di laman sesawang JAWI iaitu http://www.jawi@gov.my.

Nadia Zammil Md Nasir

Pegawai Perhubunga­n Awam JAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia