Harian Metro

Tercampak keluar kereta

-

Chukai: Dua pemuda maut selepas kereta mereka terbabas di Kilometer 258, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampira­n Plaza Tol Jabur, Chukai, 2.50 pagi semalam.

Pemandu kereta Proton Persona itu, Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33 dan penumpangn­ya, Mohamad Nazrul Afda Mat Amin, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, dua sahabat terbabit yang berasal dari Marang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menunju ke Kuantan dan tiba di tempat kejadian kereta itu kemudianny­a hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang di sebelah kiri lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Menurutnya, dipercayai berlaku hentaman yang kuat menyebabka­n pemandu kereta itu tercampak keluar beberapa meter dari keretanya manakala rakannya pula tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

“Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum berjaya mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan, mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KERETA dinaiki dua sahabat remuk selepas terbabas.
KERETA dinaiki dua sahabat remuk selepas terbabas.
 ??  ?? MOHAMAD Nazrul Afda
MOHAMAD Nazrul Afda
 ??  ?? MOHAMAD Zaiful Azlan
MOHAMAD Zaiful Azlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia