Harian Metro

Seronok pegang duit sendiri HIKAYAT PELESIT KOTA

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya memang tak mahu bersekolah, tidak minat,” kata remaja yang mahu dikenali sebagai Amin, 16.

Dia berhenti sekolah sejak berusia 12 tahun lagi dan ditahan ketika melakukan aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada jam 3 pagi.

Menurut Amin, dia membantu ibunya menjual pisang goreng pada sebelah petang dan bebas melakukan apa saja kerana tidak terikat dengan jadual persekolah­an.

“Saya belajar tidak pandai, buang duit saja. Saya kerja dapat duit, boleh ubahsuai motosikal.

“Gaji sebulan RM1,000 cukup untuk saya. Seronok pegang duit sendiri dan tidak fikir mengenai kerja sekolah,” kata anak pertama daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, ibu bapanya tidak menghalang­nya berhenti sekolah.

“Ibu dan ayah tidak kisah. Siang kerja, malam keluar melepak,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menunjukka­n kehebatan dan mahu menguji kehebatan.

“Saya bukan selalu buat ‘Superman’...saja cuba-cuba,” katanya.

Menurut

Amin, dia mula menunggang motosikal sejak berusia

13 tahun lagi.

“Ibu beri saya motosikal untuk ke gerai bantu dia. Saya belajar tunggang motosikal sendiri dan jujur saya tiada lesen.

“Pernah lihat kawan maut kemalangan, tapi saya anggap itu ajal,” katanya.

Amin berkata, tidak terlintas untuk mengubah cara hidupnya itu kerana selesa serta menganggap melakukan aksi ngeri perkara yang mencabar.

Kuala Lumpur

Jam menunjukka­n angka 2 atau 3 pagi, mereka masih berpeleser­an. Susuk tubuh kelihatan kecil belaka namun berhati kering.

Jika ada kumpulan bermotosik­al melepak di tepi lebuh raya atau Dataran Merdeka terutama malam minggu, sekurang-kurangnya ada pembonceng­nya dalam kalangan remaja perempuan.

Sepanjang tiga bulan iaitu dari Julai hingga September mengikuti operasi bersama skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod, pemandanga­n itulah yang dapat saya lihat.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran. Di mana ibu bapa mereka? Tidak takutkah diapa-apakan lelaki yang membawa mereka?

Kebanyakan gadis yang berpeleser­an sehingga

Wartawan kongsi pengalaman ikuti operasi Skuad 42 selama 90 hari

awal pagi adalah remaja yang rata-ratanya tidak bersekolah.

Ada yang ditahan tiada lesen memandu dan selamba memberitah­u ‘kosong’ atau memberi alasan motosikal berkenaan bukan milik mereka. Bagaimanap­un, tiada kompromi untuk remaja terbabit.

Ada juga yang mengaku mereka mempercaya­i teman lelaki hingga sanggup diusung ke mana saja.

Bagaikan lumrah, apabila skuad Unit Risikan JSPT KL memasuki ‘port’ seperti di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dan Dataran Merdeka, kebanyakan remaja terbabit memecut motosikal untuk mengelak pemeriksaa­n yang dilakukan Skuad 42.

Saya mendekati lebih 10 remaja lelaki dan perempuan dengan kebanyakan­nya berpasanga­n dan semuanya bermasalah termasuk sudah berhenti sekolah, ikut teman lelaki dan lari dari rumah.

Seorang daripada mereka ditemui pada 3 pagi di Jalan Raja Laut. Sebelum mendekati mereka dan Skuad 42 membuat pemeriksaa­n, saya lihat lebih 10 motosikal diparkir di kawasan berkenaan.

Ada tiga pasangan kekasih remaja berpelukan dan bercumbu di tempat awam tanpa rasa malu.

Ketika Skuad 42 mendekati remaja itu mereka terkejut dan panik sehingga ada yang sanggup lari meninggalk­an teman wanita yang diusung tadi.

Hasil pemeriksaa­n Skuad 42 mendapati ada yang tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Saya dekati satu daripada pasangan kekasih berkenaan dan apabila ditanya, mereka selamba mengakui sudah berhenti sekolah sejak awal tahun lalu.

Begitu juga dengan teman

 ?? Amin ?? Gaji sebulan RM1,000 cukup untuk saya. Seronok pegang duit sendiri dan tidak fikir mengenai kerja
sekolah” Ada yang ditahan tiada lesen memandu dan selamba memberitah­u ‘kosong’ atau memberi alasan motosikal berkenaan bukan milik mereka. Bagaimanap­un,...
Amin Gaji sebulan RM1,000 cukup untuk saya. Seronok pegang duit sendiri dan tidak fikir mengenai kerja sekolah” Ada yang ditahan tiada lesen memandu dan selamba memberitah­u ‘kosong’ atau memberi alasan motosikal berkenaan bukan milik mereka. Bagaimanap­un,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia