Anak paus ditolak ke laut ditemui mati

Harian Metro - - Setempat -

Kuantan: Jabatan Perikanan Pahang tidak menolak kemungkinan anak ikan paus jenis yang ditemui terdampar di pesisir pantai Cherating di sini, Isnin lalu terpisah daripada kawanan hingga menyebabkannya tersesat.

Mamalia sepanjang empat meter itu ditemui terdampar oleh beberapa kakitangan resort di situ jam 11 pagi dan usaha menyelamat dilakukan 20 individu yang mengambil masa 30 minit untuk menolak haiwan itu ke laut.

Pegawai Jabatan Perikanan Pahang Norarziah Abdullah@Aziz berkata, penemuan anak ikan paus di pantai Cherating adalah yang kedua di negeri ini, kali pertama pada 2008 di pesisir pantai Nenasi, Pekan.

Katanya, usaha menyelamat ikan seberat tiga tan dan panjang 10 meter dilakukan penduduk setempat yang menolak ikan paus itu ke laut Nenasi, namun keesokan hari mamalia itu sekali lagi ditemui terdampar di beting pasir sebelum mati beberapa jam kemudian.

Menurutnya, pujian harus diberikan kepada 20 individu berkenaan yang prihatin dengan menolak anak ikan paus ke laut Cherating bagi menyelamatkan nyawanya kerana tanpa usaha mereka kemungkinan mamalia terbabit akan mati.

“Kejadian ikan paus jenis

tersesat dan terdampar di pantai negara ini jarang berlaku kerana mamalia terbabit hanya berada di kawasan laut dalam dan bergerak dalam satu kumpulan tiga hingga lima ekor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.