9,534 calon duduki STAM

Harian Metro - - Setempat -

Seramai 9,534 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 yang berlangsung lima hari bermula 23 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, peperiksaan bertulis STAM diadakan pada 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November.

Menurutnya, jumlah calon mengikut pecahan adalah sekolah kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 2,365 (24.8 peratus), Sekolah Menengah Agama Negeri, 4,951 (51 peratus), Sekolah Menengah Agama Rakyat, 704 (7.4 peratus), sekolah swasta berdaftar dengan KPM, 52 (0.5 peratus), calon persendirian, 1,370 (14.4 peratus) dan calon luar negara (Kemboja) 92 orang atau satu peratus.

“Sebanyak 240 pusat peperiksaan dibuka di Malaysia dan Kemboja dengan 1,071 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.