Harian Metro

Suspek samun kedai emas ditahan

-

Machang: Kurang 24 jam, polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun disyaki terbabit kes samun kedai emas di Jalan Bakat, Machang, Rabu lalu. Lelaki itu ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sebuah rumah tumpangan di Jalan Machang-Tanah Merah, dekat sini, jam 1.15 tengah hari kelmarin. Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Dzulkifli Ab Ghani berkata, pihaknya merampas barang kemas iaitu dua rantai tangan dan satu rantai leher bernilai anggaran RM16,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia