‘Rumah anggur’ jadi tumpuan

Harian Metro - - Setempat - Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Melaka: Kediaman Abd Malik Derapau, 45, di Kampung Paya Rumput terus menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan pokok anggur ditanam yang kini mengeluarkan buah sepanjang tahun.

Pokok anggur itu yang biasanya hidup subur di kawasan tanah tinggi atau pergunungan menjadi tumpuan orang ramai berikutan mampu hidup dan berbuah dalam iklim khatulistiwa.

Abd Malik berkata, ketika ini, dia menerima semua tetamu yang datang untuk melihat sendiri pokok anggur ditanamnya lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dua benih pokok anggur itu dibeli sekitar RM50 kini hidup subur dan mengeluarkan buah yang dinikmati bersama keluarga dan tetamu.

Katanya, pokok anggur berkenaan adalah daripada jenis anggur hijau dan hitam. Ia berbuah tiga kali setahun namun ada ketikanya sehingga empat kali. Ia ditanam di depan rumah tanpa persediaan khusus.

“Boleh kata sepanjang tahun kami sekeluarga nikmati buah anggur segar, kalau ada lebih diberikan kepada tetamu yang singgah untuk bergambar.

“Kebiasaannya, pokok ini mengeluarkan sehingga 25 perdu mengandungi enam ke 10 buah.

“Saya tanam pokok ini pada jarak selang satu meter, melihat ia semakin membesar, saya bina para yang kukuh menggunakan kayu supaya ia boleh terus membesar.

“Seronok apabila melihat

Hujan berterusan lebih enam jam menyebabkan jambatan sementara Kampung Pulau Setelu tenggelam buat kali ke-22 tahun ini.

Jambatan itu menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli mula tenggelam 7 pagi semalam, sehingga beberapa jam menyebabkan puluhan kenderaan terkandas.

Pengguna laluan itu, Sulaiman Ahmad, 48, berkata, dia dalam perjalanan dari Gua Musang ke Jeli ketika tiba di jambatan itu dan melihat paras air Sungai Nenggiri yang mula menenggelamkan sebahagian jambatan.

“Ketika itu, hanya sebahagian sahaja jambatan terjejas, tapi saya takut hendak menyeberanginya kerana arus sungai deras.

“Lagipun jambatan ini tidak sekukuh jambatan konkrit dan sudah banyak kali tenggelam. Jadi perlu lebih perdu buah anggur tergantung, rasa tak sabar menunggu ia masak,” katanya, semalam.

Katanya, buah anggur berkenaan tidak pernah dijual dan sekadar menjadi hidangan mereka sekeluarga atau diberikan kepada tetamu.

PEN DUDUK membersihkan sisa kayu tersekat di jambatan sementara di Setelu.

ORANG ramai bergambar kenangan berlatarbelakangkan pokok anggur di rumah Abd Malik Derapau di Kampung Paya Rumput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.