TENGGELAM KALI KE-22

Harian Metro - - Setempat -

Puluhan kenderaan terkandas jambatan Jalan Gua Musang-Jeli dinaiki air

hati-hati.

“Saya menunggu sahaja di tepi jalan kerana biasanya, air akan surut semula dalam tempoh tiga ke empat jam kemudian,” katanya di sini, semalam.

Sulaiman berkata, dia sudah kerap terkandas ketika melalui jambatan itu dan terbiasa dengan keadaan berkenaan.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ahmad Kamizi Jalil berkata, pihaknya menjangkakan jambatan itu akan tenggelam lebih banyak susulan musim tengkujuh ketika ini.

Beliau menasihati pengguna laluan berkenaan supaya lebih berwaspada dan hati-hati ketika melalui jambatan berkenaan terutama mereka yang bukan penduduk tempatan.

“Jambatan ini sudah beberapa kali rosak dan dibaiki semula termasuk dengan kerjasama penduduk kampung. Jadi dalam situasi cuaca ketika ini, saya harap semua pengguna laluan ini lebih berhati-hati,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.